Pengalaman SPA (Penolong Pegawai Tadbir N29)
Assalamualaikum wbt 🌸
Semua orang NAK SANGAT SANGAT kerja kerajaan kerana ia lebih menjamin kehidupan akan datang (yes, still yakin dengan Allah SWT)
So bagaimana nak apply? Kat mana? Senang tak? Tunggu berapa lama?
“Macam mana nak apply SPA?”
First of all, please download these two apps!
WAJIB!
WAJIB!
mySPA8i: untuk isi segala details! Maklumat diri, waris, akademik, jawatan dipohon
mySPAV2: untuk semakan jawatan yang dipohon(Ditolak/Tak sesuai/Calon Simpanan/Calon Tetap)
“Macam mana boleh dapat jawatan ni?”
Aainaa memang apply jawatan ni sebab Aainaa belajar bidang pengurusan or detailnya, Accounting.
Before dapat surat segalanya, Aainaa ada exam, interview, baru keluar result.
“Berapa lama apply SPA?”
Actually, please after SPM, terus je apply tau! Kita tak tahu bila kita punya rezeki.
Rezeki Aainaa awal, alhamdulillah 😉
Bulan 4/2018: Apply jawatan.
19/9/2018: Ujian Psikometrik
(Bahagian A: Pengetahuan Am)
(Bahagian B: Matematik dan Psikologi)
8/10/2018: Interview di SPA, UTC Ipoh
8/1/2019: Result as Calon Simpanan
8/4/2019: dapat Surat tawaran dari SPA
10/4/2019: dapat email dari JPA untuk tarikh lapor diri dan dokumen yang perlu disediakan.
"Aainaa interview apa je? Apa soalan-soalannya?
Aainaa senaraikan antara soalan yang kami dapat sewaktu ditemuduga.
Setiap kali interviewee keluar, semua pakat tanya soalan apa yang diberi.
So Aainaa kumpulkan soalannya ya.
🔺Perkenalkan diri.
🔺Isu-isu semasa yang diikuti.
🔺Ceritakan isu (topik) dalam berita pukul 8 semalam.
🔺Interviewer tanya khabar dalam Bahasa Arab, speaking English.
(Aainaa belajar kolej Islam dan ambil course Accounting)
🔺Pengalaman pekerjaan sebelum ini.
🔺Ambil tahu sikit barisan pimpinan baharu.
"Lama tak nak tunggu surat SPA?"
Aainaa sebenarnya tahu benda ni before Aainaa dapat surat.
Aainaa ada buat semakan pertengahan awal bulan March and status jawatan tu
from calon simpanan to lantikan tetap.
Then, Aainaa buka portal untuk mohon jawatan lain tapi tak ada "Jawatan Untuk Dipohon"
So, Aainaa call SPA tanya sama ada portal Aainaa jammed or apa.
SPA cakap Aainaa dah dapat jawatan tu but tak dapat surat.
Aainaa tunggu 3-4 minggu juga untuk dapat surat SPA.
“Macam mana surat SPA sampai?”
Diorang bagi thru poslaju. Surat SPA just surat tawaran.
Still tak ada tarikh lapor diri or penempatan.
*2(a) dalam surat SPA memaklumkan korang perlu confirmkan setuju ke tak dengan lantikan tu dan kena masuk link tu kan?
Pengalaman Aainaa:
Aainaa dah masuk link tapi jawatan Aainaa tak ada dalam senarai.
So macam mana nak tekan setuju kan?
Aainaa call SPA and diorang kata "Just bawak SURAT PERSETUJUAN yang SPA bagi bersama surat tawaran tu sewaktu lapor diri."
"Dokumen apa je yang perlu disediakan?"
Semua jenis dokumen disediakan oleh pihak JPA dalam email.
Just print out! 🔥
*Senarai Semak Kategori 1, 2
*Borang Maklumat Lantikan Baharu
*Borang Pemeriksaan Kesihatan
Dalam Borang Pemeriksaan Kesihatan, ada page yang memerlukan tandatangan pemohon dan saksi.
PEMOHON: Diri kita.
SAKSI: Pegawai gred 44 dan ke atas (guru besar sekolah/pegawai pejabat tanah)
*Prefer buat medical checkup di klinik kesihatan kerajaan. Jangan risau! Sehari dah siap sebab kita ada 3 minggu nak settle semua benda. Buat di klinik berdekatan dengan rumah dulu even klinik tu tak ada x-ray. Nanti korang ke klinik yang besar untuk x-ray.
Sekiranya nak pergi klinik besar, diorang buat x-ray sahaja then korang kena campak balik ke klinik kerajaan area rumah korang.
*Surat Akuan Berkanun
Boleh dapatkan cop daripada Pesuruhjaya Sumpah di mana mana pun.
Aainaa buat kat Pesuruhjaya Sumpah berhadapan dengan OCBC Bank, Padang Ipoh.
Caj RM4.00.
*Ikrar Perkhidmatan Awam
"Surat JPA pula dapat macam mana?
JPA akan call kita, minta email. So petang tu akan dapat email tu.
Semua tarikh lapor diri, dokumen ada dalam email tu kecuali penempatan.
Dalam surat JPA ada memaklumkan kepada kita untuk memberi kehadiran pada tarikh lapor diri.
Macam mana nak bagitahu kita datang kan?
Just reply email tersebut dan tulis,
"Assalamualaikum wbt. Makluman diterima. Saya Zabaedah binti Ali hadir pada 30/4/2019 tersebut. Terima kasih"
"(BAGI SALAM). Makluman diterima.
Saya (NAMA PENUH) hadir/ tidak hadir
pada (TARIKH LAPOR DIRI) tersebut. Terima kasih."
*Cara berbalas email dengan pihak yang bertanggungjawab dalam lantikan ini.
Aainaa baru sahaja selesai sediakan semua dokumen dan doakan segalanya dipermudahkan 🌸
Aainaa share ni pun sebab Aainaa sendiri hadapi and tak tahu nak rujuk macam mana.
Semoga bermanfaat untuk semuanya ✨

Comments
Post a Comment