Batu Karang?

Assalamualaikum wbt 🌸

Berikutan dengan post "Lapor Diri SPA Ditangguhkan" , kemudian kait rapat pula dengan Hypertension Aainaa, so Aainaa tulis 2 entry yang berbeza isu kesihatannya.

BATU KARANG


Aainaa sangatlah terkejut secara tetiba nya kencing Aainaa berdarah. 😟
Macam ni,😟
Kencing Aainaa jernih tapi bila keluar result urine test, ada darah.
Kira, air kencing Aainaa tak ada warna merah pun.
Aainaa tak rasa sakit saat kencing, tak rasa sakit kat pinggang pun,
kira tak ada lah petanda batu karang tu 😐

Itulah Aainaa banyak kali cakap, Allah nak tunjuk di awal waktu!
Bersyukur sangat sangat sangat!😄

Aainaa kena buat appointment kat hospital for the ultrasound.
Bila buat ultrasound, alah macam orang pregnant pergi scan tu,
kita kena minum air sebelum check and tahan air kencing.
Doktor nak tengok buah pinggang bekerja kot.

WEH! SAKIT DOH NAK SCAN TU! 😭
DIA TEKAN GILA BAWAH TULANG RUSUK TU UNTUK TENGOK BUAH PINGGANG TU!
DENGAN SEJUK, DENGAN GELNYA SEJUK, DENGAN BENDA TU KERAS MENGHUNUS PINGGANG, DENGAN KENA LEKUK TULANG RUSUK!
SAKIT WEH................. 😭
Pastu kena tahan nafas, tarik nafas, tahan, banyak kali......
Tahan tu lama.... sampai rasa nak hempuk je katil sebab dah tak ada nafas!
If kau terlepas nafas sikiittttttttttt pun, buah pinggang tu gerak dan doktor detect dari situ je!
Banyak doh nak kena scan!
Aku punya kertas scan tu 8-9 kertas! 😑
Kat situlah, doktor hospital cakap ada batu disebelah kanan sebesar 0.6cm.

Aainaa: Cara nak buang batu ni macam mana?
Dr: You punya 0.6cm, tak besar and tak kecil. Doktor klinik you akan bagi ubat larutkan batu tu. You kena banyak minum air masak.

Then jumpa pakar Aainaa tu, 

Aainaa: Saya ada baca artikel pasal batu karang ni and doktor hospital pun suruh minum air masak banyak, berapa litre pengambilan air yang sesuai untuk saya minum?
Dr: Ya betul. Saya akan bagi ubat larutkan batu tu, awak kena minum. Pengambilan air masak untuk saiz badan you atau normally, 8 gelas sehari. Atau 2-3 litre sehari.

Aainaa: Sekiranya lebih, apa akan terjadi?
Dr: Ada orang ambil 4.5L sehari. Bila banyak air dalam badan, garam dalam badan akan mencair dan boleh menyebabkan penyakit lain pulak.

Aainaa: Senang tak batu ni nak membesar?
Dr: Kami tak tahu batu awak ni jenis apa sebab kecil and tak dapat nak detect. Kalau batu jenis yang gout tu, namanya batu kristal, ya itu senang membesar.

Aainaa: Bila kita minum ubat untuk larut tu, sakit tak nak keluarkan batu tu?
Dr: Erm, dia akan larut tau. Tapi still sakit atau akan berdarah ke, sebab saluran air kencing ni kecikkkkkk je, so nak lalukan batu tu besar.

Aainaa: Betul ke disebabkan pengambilan ubat yang banyak boleh menyebabkan buah pinggang rosak?
Dr: Sebenarnya, pesakit ni datang, memang dah nak rosak buah pinggangnya tapi kami tak cakaplah buah pinggang dia nak rosak. Itu yang kami bagi banyak ubat untuk rawat. End up tak boleh nak selamatkan buah pinggang dia.

Antara punca batu karang yang Aainaa dapat kesan:

KURANG MINUM AIR MASAK!😬
BANYAK SANGAT AIR GAS!😏
AIR MANIS!😏
Kekurangan air masak menyebabkan pembentukan kristal dalam saluran kencing.
Nak kata pasal tahan air kencing, Aainaa bukan jenis menahan pun hahahahahaha 😂

Setakat itu je yang Aainaa dapat cerita. Habis detail Aainaa tulis.
Semoga bermanfaat! 💜

Thank you! 💗

Comments