Update Lapor Diri Ditangguhkan

Assalamualaikum wbt 🌸

Entry kali ni untuk update lapor diri as a previous post I said, JPA call minta Surat Pengesahan dari Pegawai Perubatan kan.
Then 2 weeks ago, I’ve got letter from JPA mengatakan masalah kesihatan Aainaa adalah mild (ringan) dan boleh dipertimbangkan.
Hujung surat tu ada mengatakan call Jabatan yang bagi Aainaa surat tu untuk tarikh lapor diri and blah so on.

Aainaa tak faham. I decided to call them.

Ingat tak Puan Aisyah yang urus urusan perlantikan Aainaa? Aainaa call dia and dia kata dia tak release surat and minta call Puan Zuhaizan sebab dia yang tulis surat.

Aainaa called her a whole day....... But... tak berangkat.

Aainaa call orang yang sign surat tu and Aainaa cari jawatan dia and quite high position so risau jugak. But still, tak berangkat.

Aainaa mula dari bawah, call hotline JPA.
Rupanya itu hotline centre then dia bagitahu nombor yang Aainaa boleh call untuk tanya pasal perlantikan tu.

So Aainaa kena call Encik Hilmi kot (if I’m not mistaken) bahagian Perkhidmatan.

Aainaa explain kat dia mengenai surat yang Aainaa dapat tu.
Dia tak tahulah apa masalah Aainaa segala bagai. So kena mula balik cerita alkisah lapor diri tu.
Aainaa sampai cakap “kemudian, saya tak tahu apa yang nak kena buat ni” HAHAHAHAHA 🤣

Dia explain kata “itu sebenarnya makluman kepada Puan mengenai tahap kesihatan Puan. Tak apa, bagi nombor phone dan nama. Saya akan update balik dengan Puan”

A few minutes later, he called me.
“Macam ni, surat tu hanya update mengenai kesihatan Puan. Sekarang ni, Puan hanya kena tunggu call dari SPA pulak. Diorang dah terima dokumen Puan. Diorang akan sidang dan call Puan. Sekiranya diorang call, call JPA untuk maklumkan”

So...

Sekarang, Aainaa hanya menunggu dengan kesabaran.
Aainaa selalu doa “Ya Allah, semoga kesabaran aku menunggu ini menjadi salah satu asbab untuk diterima masuk kerja tu balik”

Tolong doakan Aainaa, guys! 😢

Terima kasih 💕

Comments