Young Hypertension?
Assalamualaikum wbt 🌸
Berikutan dengan post "Lapor Diri SPA Ditangguhkan" , Aainaa ada cerita mengenai kesihatan Aainaa dimana Aainaa ada
tekanan darah tinggi (Young Hypertension) dan batu karang di buah pinggang di sebelah kanan. Aainaa akan cerita sedikit pengalaman dan pengetahuan Aainaa setelah jumpa dan bertanyakan kepada pakar. Yes, Aainaa sekarang ada regular checkup dengan pakar for bimonthly.
YOUNG HYPERTENSION
At first, Aainaa ingat Aainaa nervous dengan klinik, hospital, doktor, nurse.
After several check ups, still naik, so Aainaa kena redha lah yang Aainaa ni ada tekanan darah tinggi.
Aainaa dah consume ubat.
First ubat doktor pakar bagi adalah Atenolol.
Bila Aainaa makan ubat tu, lepas 20 minit sakit kepala sampai lah ke malam.
Serious!
Aainaa ingat sebab Aainaa stress dengan bebudak
(btw I'm working as kindergarten teacher)
For a few days, still rasa sama and end up, Aainaa cerita practical student, Izyan and kebetulan, dia anak nurse and her mom also had hypertension.
Dia kata sepatutnya ubat tu tak boleh ada kesan macam tu.
Aainaa pun search artikel mengenai kesan Atenolol ni and one of them adalah sakit kepala.
Then I stopped ate the medicine then jumpa pakar.
Doktor kata "if ada kesan sampingan makan sesuatu ubat, terus jumpa doktor or stop"
So I make a wise decision hahahaha 😌
Dia pun bagi ubat baru, Perindopril 4mg
Alhamdulillah no side effect.
Cuma 2 minggu lepas, Aainaa demam, selsema and batuk.
Semua dah hilang kecuali batuk.
Aainaa risau if batuk tu berlarutan sebab ubat tu.
Tak larat nak tukar ubat dah!
Latest check up bp,
FIRST BP DAH 170/120 mcm tu, tinggi gila kan?
Mungkin sebab memikir sangat kot.
Doakan semuanya baik sahaja.
Punca?
✅ Pemakanan.
✅ Stress dengan sekeliling.
✅ Terlampau memikirkan sesuatu.
Nurse and doktor ada cakap, mungkin tekanan darah tinggi adalah disebabkan masalah buah pinggang.
Bawah ini Aainaa sharekan beberapa point yang Aainaa baca di MyHealth KKM.
Bagaimana Hypertension dan Penyakit Buah Pinggang dikaitkan?
- Hipertensi merupakan salah satu punca utama penyakit buah pinggang. Saluran darah di dalam badan kita boleh dirosakkan oleh tekanan darah tinggi secara perlahan-lahan. Ini akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang. Seterusnya ini akan akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang. Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan terkumpul dan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.
- Hipertensi juga boleh menjadi satu komplikasi penyakit buah pinggang. Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tekanan darah dalam julat sihat. Buah pinggang yang rosak akan kehilangan kemampuan membantu mengawal tekanan darah. Hasilnya, kenaikan tekanan darah akan berlaku. Oleh yang demikian, hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk.
Apakah Tanda-tanda dan Gejala Buah Pinggang Kronik?
Gejala penyakit buah pinggang bergantung kepada tahap dan peringkat penyakit itu. Pada peringkat awal penyakit buah pinggang, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala. Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit. Pada peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku :
- Sentiasa rasa letih
- Bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam / berdiri yang berpanjangan
- Rasa loya / muntah berterusan
- Tekanan darah tidak terkawal
- Jumlah air kencing berkurangan
Bagaimana Untuk Mencegah Kerosakan Buah Pinggang Daripada Tekanan Darah Tinggi?
- Pengawalan tekanan darah adalah penting untuk mencegah dan melambatkan proses kerosakan buah pinggang.
- Ubat-ubatan dan gaya hidup yang sihat (tidak merokok, pemakanan yang sihat, bersukan, mengekalkan berat badan yang unggul, mengelakkan ubat-ubatan tertentu dan mengawal “stress”).
- Rawatan perubatan: kawalan tekanan darah dan proteinuria merupakan faktor-faktor penting untuk memperlahankan kerosakan buah pinggang. Oleh itu, ubat-ubatan anti hipertensi yang boleh mengurangkan proteinuria diberi keutamaan.
Aainaa harap apa yang Aainaa share mampu buat korang berubah atau mungkin boleh difikirkan untuk mengurangkan dan meningkatkan sesuatu dalam life korang 💜
Thank you! 💗
Comments
Post a Comment