Lapor Diri selepas Ditangguhkan 5 bulan

Assalamualaikum wbt.

Entry post kalini semestinya setelah berbulan lamanya menunggu, akhirnya Aainaa dah start kerja.

Pada 20/09/2019, Jumaat pagi, Aainaa dapat email mengatakan yang Aainaa perlu lapor diri pada 25/10/2019 Rabu. Aainaa call pihak JPA mengenai dokumen yang perlu disediakan dan dibawa pada hari lapor diri.

Dokumen yang perlu disediakan adalah dokumen yang FIRST dulu kita nak lapor diri. So Aainaa buat checkup baru, print baru apa semua.

Pada hari Rabu, Aainaa just apply cuti sebab yelah kan, lapor diri. Kang jadi macam dulu balik, so tak adalah beria berhenti dulu. Aainaa backup baju  kerja untuk 3 hari, kot-kot terus masuk. Seriously Aainaa tak tahu tau.

On the day, Ain hantar and Aainaa minta dia balik sebab JPA tak panggil kita lagi. Pukul 9 lebih baru dia sembang dengan kitorang and Aainaa baru tahu hari tersebut kira dah start bekerja 😢 Yang Aainaa tak ada tempat tinggal, barang just bawak sikit je. Seriously ingatkan lambat lagi start, rupanya......

Kebetulan hari lapor tu, ada sorang lelaki lagi, Eddy yang lapor diri jugak. Dia pun ditangguhkan sebab masalah kesihatan. Kami berdualah yang lapor diri. Pihak JPA bagi dokumen semua, ambil dokumen kami. Kami diminta untuk lapor diri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Situ yang banyak kosong, kata JPA.

Then Aainaa tumpang kereta Eddy untuk ke sana. Kami naik ke HR KKM. Situ kami perlu isi detail semua. Then dia bagi punch card, kena punch di situ. Eddy ditempatkan di JKN Selangor sebab rezeki dia nak sana and dia tinggal kat Shah Alam. Aainaa posting di Ibu Pejabat sebab bujang...... hahahahaha 😂 

Aainaa ditempatkan di Unit Inovasi, Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM.
Jadi Aainaa kena lapor lagi di Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM).
Aainaa kan tak bawak dokumen pape, memang tinggal kat Ipoh.
So, lain kali, bila lapor diri, bawak:
  1. Dokumen yang JPA nak.
  2. Pen hitam
  3. Fail sijil segala bagai
  4. Salinan IC
  5. Salinan buku akaun bank
  6. Gambar (buat banyak)
Alhamdulillah, Aainaa dapat unit yang friendly and family macam tu. Masuk masuk, terus kena pi Team Building kat Pangkor 😂 Aainaa cakap Aainaa tak dapat nak join sebab baju tak ada. Kebetulan, Jumaat tu, Unit Protokol ada meeting kat Ipoh. So Aainaa ikut diorang. Diorang hantar ke rumah, diorang terus ke hotel.

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya.

Aainaa tak dapat nak taip detail sebab jari Aainaa sejuk and susah nak taip! Thank you 💕

Comments

  1. Hi aina. Sy pun bakal lapor diri nanti. And sy pun masalah mcm aina. Bp asyik naik tp xtw ape masalah. Still belum buat medical checkup lg. Sy nk tnye, kalau ada masalah kesihatan dan ditangguhkan, after tu, jpa kol semua, die mintak balik semua dokumen ke? Dan bp masa tu kena elok ke baru diterima bekerja? Ataupun waktu aina dipanggil lapor diri kali kedua, terus bekerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Congrats Yana! First of all, pasal bp tu, Aainaa still check up kat Hospital Putrajaya, Klinik Kesihatan P9. Doktor kata mungkin Aainaa ada white-coat anxiety, tak boleh tengok orang pakai kot hahahahha.

      Banyak tau + lama prosedur untuk JPA call, panggil kita. Previous post, Aainaa ada tulis kot within kita ditangguhkan, JPA and SPA nak apa je dari kita.

      Bila kita terima surat and kita ada masalah kesihatan which is tak sihat sempurnanya, dan doktor tick column nombor 2, means that awak kena sumbit or pos ke JPA atau better call. Aainaa harituh pergi lapor diri, dalam 5 minit Aainaa kena balik lepas hantar dokumen sbb kena tangguh sedangkan dalam surat dah bagitahu yang sesiapa ada masalah kesihatan, just submit the documents.

      Lepas je Aainaa kena panggil balik kali kedua oleh JPA, kira still bawah jawatan dan masih dalam proses guna dokumen yg sama tu, Aainaa pi check up baru, still bp tak okay, still tak sempurna sihat, still doktor tick column nombor 2 dalam borang kesihatan kita.

      Sampai je kita ke JPA untuk lapor diri, diorang sedia maklum dah yang kita ada masalah kesihatan. Kira dalam tempoh kita tangguh tu, SPA or JPA ada minta kita surat pengeshan dari doktor mengatakan kita ni okay je, boleh je kerja. Dari situ lah SPA lantik kita balik, JPA ambil kita untuk lapor diri.

      Kali kedua tu, bawak semua dokumen yang kita kena lapor diri. Time tu JPA bagi penempatan kat kita. Time tu juga Aainaa kena pi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia utk lapor diri, pukul 3 lebih masuk ofis, kira terus start kerja.

      Ada isu tau waktu Aainaa lapor diri kat Unit Sumber Manusia KKM. Diorang nak bukti mengatakan SPA meluluskan dan membenarkan Aainaa utk lapor diri walaupun Aainaa sakit.

      Kira proses tangguh tu, JPA pass over to SPA. SPA akan bincang balik sama ada kita boleh tak atau layak tak untuk kerja even kita sakit. Then nanti, SPA nak surat pengesahan doktor yang kita ni okay je and boleh kerja. Then SPA bagi keputusan ke JPA. JPA keluarkan email untuk kita lapor diri.

      Aainaa tak ada surat keputusan dari SPA yang mengatakan Aaina layak. Thats why UPSM tu kata Aainaa tak boleh lapor diri time tu, tapi Aainaa geram and katalah ini kali kedua dah. If benda tu berlaku kt Yana, jangan risau. Yana boleh contact orang yang selalu shoot email Yana tu, dia yang incharge, so dia tahulah surat tu. Nanti dia akan submit ke pegawai UPSM tersebut.

      So kesimpulannya, pagi lapor diri di JPA, tengahari lapor diri di penempatan, petang masuk ofis.

      Delete
    2. nak tanye.. ulasan doktor tu die tulis ape ye? yg page last sekali borang mc tu..

      Delete
    3. kalau ikut, dia ada 3 pilihan.

      1. sihat sempurna
      2. sihat tapi boleh dipertimbangkan utk kerja. perlu susulan rawatan.
      3. tak sihat and tak boleh kerja.

      so doc tick nombor 2. which is perlu ada susulan rawatan bagi penyakit Hypertension.

      Delete
  2. Hi Aina. Saya pun bakal lapor dri jawatan gred SPM. Saya ada masalah rabun warna ringan dan dr dah tick kotak no 2. Adakah lama masa yang diambil untk dorang pangl semula? Jawtan sy pembantu pendaftaran. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! saya tak pasti berapa lama masa yang akan diambil. Sorry NAZz.

      Delete
  3. Assalamualaikum Aainaa, thank you for still buat blog semua ni, banyak juga saya dapat info. Saya bakal lapor diri juga nanti, inshaAllah, tunggu surat lapor diri dari JPA. Baru je selesai medical checkup semua, alhamdulillah okay semua.

    Saya nak tanya, masa lapor diri tu, ada kod pemakaian ke yang perlu diikut? Macam wajib pakai baju kurung, kasut bertutup ke? Sebab sebelum ni saya bekerja, pemakaian saya lebih pada blouse/kemeja dan seluar slack. Baju kurung boleh kira dalam 2 kali je setahun.

    Thank you in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Congrats Dini! Goodluck tau!

      Sorry baru perasan komen awak. Dia ada etika pemakaian. If awak pakai kemeja and slack, kena pakai coat. Awak boleh search pemakaian penjawat awam.

      Btw, may Allah ease you everything! Jadi EO, kena kuat mental and fizikal. Kita ni bagaikan burger yang diapit bawah dan atas. Teruskan membantu orang-orang yang memerlukan. Enjoy your work!

      Delete
  4. Waalaikumussalam. Ya betul

    kalau ikut, dia ada 3 pilihan.

    1. sihat sempurna
    2. sihat tapi boleh dipertimbangkan utk kerja. perlu susulan rawatan.
    3. tak sihat and tak boleh kerja.

    Dalam surat JPA, memang ada tulis "hanya pegawai yang mendapat pengesahan tidak menghadapi masalah kesihatan dan disahkan sihat untuk berkhidmat sahaja yg boleh diterima utk lapor diri" which is if doc tick nombor 2 pun, akan tangguh jugak lah cenggitu.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info aainaa! Baru je lepas habis tempoh 21 hari melengkapkan semua maklumat dalam mystp. Nak tanya jugak, berapa lama ye agak2 masa untuk kita dapat tarikh lapor diri dan penempatan?

    ReplyDelete

Post a Comment